July 2, 2011

Menegur Itu Lebih Baik Dari Potpet2 Secara Diam (cakap belakang). . .

Assalamualaikum . . .

 
Biarlah ape orang nak cakap sekali pun, janji jangan kita ikut same cam orang tu buat kat kita. Sepatutnya kita sbagai saudara sesama islam ni tegurlah mana yang salah dan mana yang tidak, bukannya potpet2 sesama kita. Sebab, dengan menegur itulah, secara tak langsung, kita telah menyampaikan ilmu kepada orang itu. Ini kerana, kemungkinan orang yang ditegur tadi, kurang arif dalam bab2 tersebut. Jadi adalah molek jika orang itu ditegur, dan seboleh2nya teguran itu biarlah berhemah.
 
Bila nak menegur tu, tolaklah ke tepi dahulu tentang ape orang yang kita nak tegur tu akan potpet2 kat kita, janji kita dah jalankan tanggungjawab kita sbagai saudara sesama islam dan sahabat. Ingat, bukan semua orang mendapat pendidikan yang sama seperti kita. Jadi, kita manfaatkan lah bersama tak kiralah ilmu ape skali pun, tak salah kan? Mungkin dari ilmu yang 'ini' dia kurang dan ilmu yang 'itu' pula kita yang kurang, kire sama2 kongsi lah.
 
Satu lagi ilmu ni, kalau simpan je, tak di kongsi, di sebarkan, tak dapat bawak kemana pun. Tolonglah, tolong belajar untuk tidak kedekut, riak dan takbur dengan ilmu yang kita ada, kalau kita rasa orang tu salah, tegurlah, explainlah, kenapa jadi 'lagu ni'(macam ni) dan 'lagu ni'(macam ni). Lepas tu, terpulanglah pada individu tu nak terima atau tidak apa yang kita tegur, yang pnting, kita da jalankan tanggungjawab kita.
 
Kita semua ni pun bukan semuanya pandai (penuh ilmu didada), semua masih belajar, masih perlukan buku dan guru untuk menambahkan ilmu, jadi tak salah kita sama2 kongsi ilmu yang ada dengan orang yang yang memerlukannya. Tak rugi pun, pahala lagi kita dapatkan? So pikir2kan lah ye. Sama2 lah saya, anda dan semua renung2kan sejenak...  
Sekian...
 
Yg kurang semua dari diri saya, yg sempurna semua datang dari ALLAH S.W.T... :)
(Jika ada yang silap, sila perbetulkan saya. Terima Kasih) :)
 
Assalamualaikum. . .