April 5, 2012

Taman Tasek Shah Alam :)

Assalamualaikum..



Yosh!

Lame da tak update blog ni. Lately ni busy ngan assignment and project.. huhu.. ni pun menyelit-nyelit update blog sebab idea nak wat design x turun2, puas da 'dok' seru2 dari tadi hehe :P
Ok,

Untuk entri kali neh tak mau potpet2 sangat, sila la cuci2 mate anda di sini hehe ;)



 Berjalan membawa hasil tangkapan haha :P

 Besar kan ikan diorang hehe :P

 Kolaborasi baru haha ...

 Izyan...
 :P

 Candid! Ayu sungguh hehe :P

 Merenung masa hadapan... :)

 Kwayie...





 Gimik semata-mata muahahahah :P







 Teddy kene buli... hahah

 Captured by: Izyan... :)





Model2 dalam entri ni adalah penyokong kuat saya 'Irham Afiq', kakak Irham 'Izyan Dalila' and 'ME' hehe :P

Tq sebab sudi menjadi model tak berbayar..Sayang korang.. ^_^v

Sory kalau ada di antara gambar yang x sedap mate memandang, saya juga insan biasa
tak lari dari melakukan kesilapan ;), mintak ditegur jika ade hehe..
terima kasih...
Assalamualaikum... :)


January 5, 2012

Jangan takbur degan ilmu yg ade. . .

Maaf. entri agak singkat (malas). :P


Ilmu:
Baca. faham. buat.


Jangan jadi:
Baca. x paham. cakap melarat2. mengumpat. x buat ape. then terus rotate benda(perangai) yang sama 2, 3, 4, 5, 6 kali. last2. dok kat tapuk yang lama.


Kesimpulan:
Dpat ilmu. kongsi. cuba amalkan. dah kongsi. orang takmau dengar. biar. jangan komen bnyak2. senyap.


Hasilnya:
Perasaan takbur takan timbul kat sini. please. kita yang kenal diri kita sendiri.


Ingat:
Lepas ni dapat ilmu. ambil. amalkan. then cari ilmu lagi. sebab ilmu itu sntiasa perlu di cari. jangan pernah terpikir untuk merasa cukup degan ilmu yang ada.
(mlalut da pagi2 buta neh)


~ aku pun perlu ilmu lagi ni~ jom cari ilmu! :D

July 19, 2011

Pesta Floria : 17 Jul 2011

Assalamualaikum . . .

Hola semua, hehe. Semalam saya dan sahabat2 saya berkesempatan ke pesta floria yang di adakan di Persint 2 Putrajaya. Memang seronok, sehinggakan saya bersama sahabat2 saya x terlarat nak pusing ke semua kawasan pesta, so kami jelajah je la setakat mana yang kami larat. Tambahan pula cuaca sangat panas, dan payung ade satu je, haha (berebut payung) :P 
Ape-ape pun, saya kongsikan di sini gambar2 yang sempat saya 'snap' di sana. :)

^_^



Payung yg menjadi rebutan hehe :P


Semua orang teruja tengok bunga :)

Hanis and Atiqah yg cantek :)


Mereka gumbira (gmbo candid haha :P )

Belon!! :)

Lagi, gumbira...:)

Cik Hanis and Cik Tiqah...Sayang mereka :)

Cik Hanis with Cik penyibuk, haha :P

Selesai suda . . . hehe tata . . . ^_^
Assalamualaikum . . .

July 9, 2011

Aku Cintakan Kamu Kerana Allah . . . :)


Assalamualaikum . . .
Mari kita kongsi ilmu ni bersama-sama...:) 

Saya sayang semua orang yang mengenali diri saya. Saya cintakan anda2 semua kerana ALLAH :)
Assalamualaikum... 

July 2, 2011

Menegur Itu Lebih Baik Dari Potpet2 Secara Diam (cakap belakang). . .

Assalamualaikum . . .

 
Biarlah ape orang nak cakap sekali pun, janji jangan kita ikut same cam orang tu buat kat kita. Sepatutnya kita sbagai saudara sesama islam ni tegurlah mana yang salah dan mana yang tidak, bukannya potpet2 sesama kita. Sebab, dengan menegur itulah, secara tak langsung, kita telah menyampaikan ilmu kepada orang itu. Ini kerana, kemungkinan orang yang ditegur tadi, kurang arif dalam bab2 tersebut. Jadi adalah molek jika orang itu ditegur, dan seboleh2nya teguran itu biarlah berhemah.
 
Bila nak menegur tu, tolaklah ke tepi dahulu tentang ape orang yang kita nak tegur tu akan potpet2 kat kita, janji kita dah jalankan tanggungjawab kita sbagai saudara sesama islam dan sahabat. Ingat, bukan semua orang mendapat pendidikan yang sama seperti kita. Jadi, kita manfaatkan lah bersama tak kiralah ilmu ape skali pun, tak salah kan? Mungkin dari ilmu yang 'ini' dia kurang dan ilmu yang 'itu' pula kita yang kurang, kire sama2 kongsi lah.
 
Satu lagi ilmu ni, kalau simpan je, tak di kongsi, di sebarkan, tak dapat bawak kemana pun. Tolonglah, tolong belajar untuk tidak kedekut, riak dan takbur dengan ilmu yang kita ada, kalau kita rasa orang tu salah, tegurlah, explainlah, kenapa jadi 'lagu ni'(macam ni) dan 'lagu ni'(macam ni). Lepas tu, terpulanglah pada individu tu nak terima atau tidak apa yang kita tegur, yang pnting, kita da jalankan tanggungjawab kita.
 
Kita semua ni pun bukan semuanya pandai (penuh ilmu didada), semua masih belajar, masih perlukan buku dan guru untuk menambahkan ilmu, jadi tak salah kita sama2 kongsi ilmu yang ada dengan orang yang yang memerlukannya. Tak rugi pun, pahala lagi kita dapatkan? So pikir2kan lah ye. Sama2 lah saya, anda dan semua renung2kan sejenak...  
Sekian...
 
Yg kurang semua dari diri saya, yg sempurna semua datang dari ALLAH S.W.T... :)
(Jika ada yang silap, sila perbetulkan saya. Terima Kasih) :)
 
Assalamualaikum. . .

February 17, 2011

Akhirnya!

 
Assalamualaikum... 
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugek saya cari buku ni. Yeayy! Ape yg best sangat pasal buku ni? Heh Tajuk dia tu..."Offline dengan Syaitan" heheheh :P 
Saya pernah membelek buku neh tahun lepas. Tapi saya nantikan dulu untuk membeli, sebab masa tu telampau banyak buku yang saya beli, takut tak terbaca pulak. After beberapa bulan, saya cari balek buku ni, but x dapat sebab habis. Then tadi masa saya keluar besama rakan saya Hanis dan terjumpa buku ini di sebuah kedai buku. Memang suka sangat, walaupun hajat sebenar nak mencari buku terbaru dari penulis "Habiburrahman El Shirazy" yang sudah habis, mungkin huhu.. 
Ok, berbalek pada buku ni. Tajuk dia mungkin agak ganas sedikit, but buku ini sangat bagus, kerana? Buku ni boleh dikatakan buku motivasi untuk diri. Saya hanya sempat membaca muka surat yang pertama sahaja ketika pertama kali saya menemui buku ini pada tahun lepas. hehe :P 
Saya tulis sedikit penerangan dari belakang buku. "Buku OFFLINE DENGAN SYAITAN" ini membawa anda mengenali siapakah syaitan dan keturunannya, bagaimana misi mereka merancang merosakkan manusia dengan cara yang halus dan tanpa kita sedari serta bagaimana kita mampu mengawal dan membenteng diri dari bisikan mereka. Tulisan yang ringkas namun padat, ditambah dengan persembahan yang interaktif".    
Menarik? (bagi saya). Yang penting, buku ni x boring. Siap ada kartun2 lagi hehe :D. Dalam masa yang sama jugak, dapat ilmu lagik. :)
Ok itu saja, yg ingin di kongsi. Selamat berilmu dan beramal buat pencinta2 buku :) 
Tata, Assalamualaikum. . . 

February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul




Assalamualaikum...

SALAM MAULIDUR RASUL 
BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT 
 (^_^)